Kelenjar Limpa (Lymph Node)
Friday, May 24, 2013 | 11:47 AM | 0 kritikan
Tweet
Share
Assalamualaikum ;)
So, it's been awhile haa Mr. Bloggie? Dah bersarang dah aku tengok kau nih. Haish~ Aku suruh pi mandi, kau tanak dengar. Aku jugaklah yang nak kena bersihkan sawang blah blah blah blah blah~
( bebelan ini berterusan selama 30 minit.Al-maklumlah minah nih memang ada harapan jadi makcik-makcik yang kuat membebel )
(selepas 1 Jam 45 Minit mengemas blog yang bersawang)
Fuhhh~ Bersih, comel, kiut-miut, halal lagi toyibban dah blog aku nih nampaknya~ Haaa ~ Shining gitu ! Ala-ala muka aku yang berminyak nih pun ada. Silaunya blog aku sampai kalah gigi besar aku nih haa~ Okeyh. Back to nawaitu yang sebenar aku update blog nih.
Mengikut tajuk yang aku bagi dalam post nih, aku bukanlah nak cerita pasal Biology (Chapter 2/3 aku pun tak sure) Tapi aku sebenarnya nak cerita penyakit yang aku hidap selama sebulan nih. Penyakit aku nih, menurut doktor-doktor yang aku jumpa (kesemuanya 4 doktor. 2 Melayu, 1 Cina dan 1 India. 1 Malaysia gituu~), semua pun kata penyakit aku nih adalah kelenjar limpa aku dijangkiti kuman.
Apakah dia kelenjar limpa itu? Kelenjar limpa itu ialah kelenjar yang berada di tengkuk kita. Di bahagian kiri, tengah dan kanan. Aku kena paling teruk dekat bahagian tengah dan kiri. Gila besar wei bengkak aku tuh. Dah rupa katak pun ada bak kata Kak Piqah Samingin aka member Ipoh aku. (Nasib baik aku suka katak)
Minggu pertama
Sakit dia tak terasa sangat. Cuma kau rasa runsing sikit bila nak bercakap or mengunyah makanan since ada bonjot besar bawah tengkuk kau. Siapa je yang tak rungsing en? Kalau ada yang mengaku dia tak rungsing, meh sini hadap aku. Aku bagi penangan kasut saiz 4 aku yang 3 minggu tak basuh tuh ! Sambung balik.. Selepas beberapa hari, sakit tuh mula terasa. Apa yang aku buat semua pun serba tak kena je. Even time tidur pun, kawan aka jiran katil aku, Ain Monyet (bukan nama sebenar) kata aku dok mengigau mengadu " Sakit ! Sakit !" . Hmm.. Sahih ke tak sahih cerita dia nih, hanya dia , Allah dan malaikat sahaja yang tahu. Aku mintak tolong Puan Ruhaida binti NORDIN, aka warden asrama aku tolong hantar aku pi klinik swasta (saja tekankan Nordin tuh. Kebetulan sama nama bapak) Kalau tak silap aku, time tuh mak aku kat Penang rasanya. Tu yang takleh nak mintak mak aku yang hantarkan. Aku pi Mediklinik Keluarga. Dr. Rapidai aka Ako Mustapha tu bagi aku antibiotik. Kalau tak sembuh dalam seminggu, jumpa dia balik
Minggu Kedua
Selepas seminggu aku berusaha makan ubat mengikut jadual yang ditetapkan, bengkak tuh still takde perubahan. Aku pi jumpa Dr.Rapidai ngan mak aku lagi sekali. Dia bagi surat suruh mintak rujukan daripada Hospital Swasta/Kerajaan. Dia kata aku kena jumpa Pakar Surgery untuk buang bengkak aku nih. Then, aku ngan mak pun pi HUKM buat pemeriksaan lanjut. Again, doktor lelaki gak -.-
Apa entah nama dia. Aku dah lupa. Dia kata takyah buat surgery. Just amek Ujian Darah, Buat Ultrasound and apponitment with Pakar ENT aka OTORINILARINGOLOGI (Berbelit tak lidah korang menyebutnya? Haha). So, aku pun ikut jelah cakap dia. Tapi that day, aku just buat ujian darah je. (Darah titew nampak antik angat ^u^)
Minggu Ketiga
Tapi tak lama lepas itu.................. Lepas balik hostel, sakit aku datang balik.Selang beberapa hari, aku pi Klinik Greentown. Again, doktor lelaki. Tapi kali nih doktor India. Pun benda yang sama. Dia mintak aku amek Ujian Darah. Ajaibnya, dia kata darah aku bersih.So, bukanlah jangkitan kuman kan? Dan again buat kali kedua, aku kena buat appointment dekat Hospital Permaisuri Bainun pulak. Aku hanya boleh jumpa doktor time bulan 7 je. Mak aku tension, mak aku terus blah. Bawak aku pi Klinik ENT Swasta. Again, doktor lelaki Chinese pula kali nih (Well, aku rasa pesakit dia aku sorang je yang melayu .___. ) Dia pun bagi ubat antiobiotik untuk dihabiskan dalam masa 2 minggu.Sebenarnya, aku terharu gila time tuh. Rasa nak menangis pun ada. Kesian kat mak aku. Sanggup mak pi klinik swasta time tengah-tengah bulan. Dia guna duit untuk bayar sewa semata-mata nak dapatkan result penyakit yang terbaik untuk aku. Sorry mak ! /(T__T)\ Sebab exam mid-term aku tak dapat nak jawab dengan cemerlangnya. Especially Biology sebab malam tuh aku demam and tak boleh nak study apa langsung dengan kepala pening + selesemanya. Aku pun tidur jelah *hempuk muka guna buku* Sampai sekarang aku menyesal tak study (; ___ ;)
Minggu Keempat
Bengkak aku yang dulu besar bola golf (hiperbola jap) dah kecik cam duit syiling 20 sen. 23 Mei hari itu aku pergi jumpa doktor. Time dalam bilik doktor, dekat 5 doktor praktikal kepung aku. Sorang-sorang mintak izin nak pegang tengkuk aku. Yang paling kelakar, doktor praktikal Chinese, tinggi-tinggi lagi handsome orangnya. Dia tanya , "Saya nak try pegang jugak boleh tak?" Aku gelak je. Then, dia datang dekat. Time dia pegang kelenjar limpa aku, kerusi yang aku duduk tuh tetibe naik. Aku ingatkan doktor pakar tuh yang tekan. Rupa-rupanya abang apek tuh yang tekan. Semua pi bantai gelakkan dia. Merah muka dia. Hahahaha. So, buat masa nih penyakit aku dah pun berkurangan. Syukur alhamdulillah :)
In conclusion, banyakkan minum air suam/kosong dan jaga penjagaan mulut sebab 2 nih merupakan punca utama kelenjar anda akan dijangkiti kuman. Lagi-lagi time musim panas nih. Ramai sangat dah yang demam. Jagalah kesihatan dan banyakkan minum air. Jangan lupa appreciate jasa parents kita terhadap kita. hargai mereka sementara mereka masih ada di sisi kita. Love you, Mommy ! :3
Tiba masanya aku mengundurkan diri. Assalamualaikum ^^
![]() |
| Ini adalah contoh bengkak di bahagian kanan anda ^^ |









