1 Year Anniversary
Sunday, June 9, 2013 | 12:46 AM | 0 kritikan
Tweet
Share
Assalamualaikum ^^
Sebelum bermulanya kisah wa yang tak berapa nak menarik nih, wa nak bermukadimah dululah. Saje je nak tambah Ajinomoto kat wa punya blog yang sepi takde pelanggan nak datang singgah. Wa sebenarnya nak bagitau yang wa tengah cuti penggal sekarang ni (dah nak habis dah pun) Wa sebenarnya menyesal gak tak guna masa yang comel ini dengan semolek habis. Ye ar, wa en budak SPM tahun nih tapi dok rumah pi ber-Kpop je memanjang ye haa~ Kalah artis Kpop tuh wei.Tapi satu je ar wa nak puji diri wa (lol angkat bangkul sendiri) . Wa nih, baik ouh dok rumah. Anak dara lain dok pi dating ar jejalan ke sana ke mari tapi wa gak anak dara yang setia dok rumah, setia masak nasi sampaikan akak sulung wa, Aishah rindu wa sebab dah tak ada orang dah nak menanak nasi ~ Wa nak pesan kat lu orang. Lain kali kalau cuti sekolah, gunalah masa itu sebaik mungkin. Jangan jadi wa.Nasi dah jadi bubur barulah nak kebulur kat nasi tuh. Ok ar, itu jelah mukadimah wa
( Mukadimah yang terlampau panjang lah pulak ~ C0wieyh ~ lol )
Okeyh, wa sebenarnya nak cerita pasal anniversary wa. Anniversary apakah? Well, lu orang jangan fikir lain lak. Wa nih Anti-Couple so of course lah ini bukan cerita pasal anniversary wa dengan mana-mana lelaki mahupun pondan mahupun kaum sejenis (taubat malaikat simpang 44 wa tak bermusahaqah) Ni cerita pasal wa dah genap setahun dom Ipoh dan belajar dengan setianya dekat SRC (12 Jun nih baru genap sebenarnya) Sekolah wa tak famous so lu orang tak payah ar tau nama penuh sekolah tuh. Wa sebenarnya terharu pulak bila fikir dah setahun wa dok sini. Rasa macam dah 10 dok sini. Member Ipoh aku tuh pun rasa macam dah lama sangat kenal. Lagi-lagi budak hostel Form 5
Bersempenakan genap setahun wa dok Ipoh. Wa nak cerita lah apa pengalaman wa time mula-mula dok sini dulu...
10 Jun 2012 - Ahad
Malam Ahad tuh wa dah siap packing barang dah. Sejujurnya, wa dengan family wa baru sampai dari KL time tuh. So, agak penat ar. Wa nangis-nangis malam tuh (malu nak cerita wa nanges sebenarnya) Wa agak sedih sebab wa rasa wa je yang over-emotional time hari nak pindah tuh tapi lama-lama wa ketepikan rasa sedih tuh. Wa kan jejaka tampan lagi macho. Tak macho ar kalau nangis or jiwang-jiwang nih.
11 Jun 2012 - Isnin
Patutnya hari ini , hari pertama wa menerima imigren wa sebegai penduduk Kota SRC yang sah tapi......... wa muntah lah pulak. Wa dah excited woo pagi tuh. Wa bangun awal , pukul 4.45 dah bangun dah. Gosok baju, pi mandi, solat Subuh and breakfast. Wa time gosok baju tuh dah rasa pening tapi excited punya pasal wa buat bodoh jelah. Time 6.30 macam itu , wa nanges lagi (dah diam !) Wa ngadu kat mak wa, tak larat pi sekolah. Pening-pening lalat ala-ala ibu mengandung gitu ! Tapi mak wa marah wa kata wa buat alasan tak nak pi sekolah. Bila dah muntah-muntah, baru mak wa percaya. Terbatallah niat wa nak sekolah hari itu
12 Jun 2012 - Selasa
Wa dah sihat ar daripada muntah-muntah tuh tapi............mak wa pulak tak ada. Ada hal katanya. So, aku terpaksalah pi sekolah dengan akak aku jalan kaki. Wa frust gak hari tuh tapi wa redha jelah. Jejaka tampan kena hati kental *tepuk dada* Time masuk je sekolah tuh, first impression wa satu jelah. Sampai sekarang dan selamanya wa akan rasa camnih .
"BAPAK KECIKKNYA SEKOLAH NI WEI"
Itulah kata-kata hati aku waktu first time jejak kaki kat sekolah tuh. Akak wa teman kejap je. Lepas hantar wa kat depan pejabat , 5 minit camtuh dia blah dengan comelnya. Wa cam orang gila dok tercongok depan pejabat tunggu cikgu. Pengetua suruh masuk line, pi beratur. Wa tanak. Malu-malu kucing lah kateko~ Lagipun, wa mana tahu nak beratur kat kelas apa.
"Apa daa pengetua sekolah baru wa ni"
Bisik lagi hati wa. Sah ! Hati wa ni agak kotor. Ish ish ish..... Ok. Tak lama lepas tuh, datang ar seorang cikgu comel molek lagi berlesung pipit jumpa wa. Nama dia YUHANIS . Wa usha name tag dia. Then, berlaku lah perbualan seperti di bawah
Cikgu Yuhanis : Sorry ye , cikgu lambat
Wa : Ouh takpe cikgu. Tak kisah pun (Padahal.......)
Cikgu Yuhanis : Uhmm.. Kamu ada bawak fail sekolah lama kamu?
Wa : Ada. Nah *hulur fail biru sekolah lama wa*
Cikgu Yuhanis : Ouh, kamu dulu amek Bahasa Arab? *pegang slip PMR wa*
Wa : Haah, cikgu
Cikgu Yuhanis : Jadi, kamu nak amek SA ke RK
Wa : Apa bezanya cikgu?
Cikgu Yuhanis : RK aliran sains. SA tuh Sains Agama. Sama dengan RK tapi tambah subjek agamalah
Wa : Ouhh (mesti ada Arab tinggi.. hmm) Takpelah cikgu. Saya masuk RK jelah. Lagipun, dekat sana saya tak amek aliran agama. Saya amek aliran Sains je *alasan*
Cikgu Yuhanis : Hmm.. Cikgu pun rasa better kamu amek RK. Arab kamu pun D kan?
Wa : Haah (Haish cikgu nilahhhhhhhhhh 8(*&hiuskjefh32oiru )
Kemudian , aku pun beratur dengan muka malu-malu mintak kena campak LCD Flat Screen 56' inci . Semua pun mula lah meramahkan diri dengan aku tegur aku. Tanya result PMR apa semua. Dan itulah ceritanya macam mana aku ceritanya aku kat SRC mula-mula dulu.
THE END
Assalamualaikum. Hope you guys enjoy reading ^^
Kelenjar Limpa (Lymph Node)
Friday, May 24, 2013 | 11:47 AM | 0 kritikan
Tweet
Share
Assalamualaikum ;)
So, it's been awhile haa Mr. Bloggie? Dah bersarang dah aku tengok kau nih. Haish~ Aku suruh pi mandi, kau tanak dengar. Aku jugaklah yang nak kena bersihkan sawang blah blah blah blah blah~
( bebelan ini berterusan selama 30 minit.Al-maklumlah minah nih memang ada harapan jadi makcik-makcik yang kuat membebel )
(selepas 1 Jam 45 Minit mengemas blog yang bersawang)
Fuhhh~ Bersih, comel, kiut-miut, halal lagi toyibban dah blog aku nih nampaknya~ Haaa ~ Shining gitu ! Ala-ala muka aku yang berminyak nih pun ada. Silaunya blog aku sampai kalah gigi besar aku nih haa~ Okeyh. Back to nawaitu yang sebenar aku update blog nih.
Mengikut tajuk yang aku bagi dalam post nih, aku bukanlah nak cerita pasal Biology (Chapter 2/3 aku pun tak sure) Tapi aku sebenarnya nak cerita penyakit yang aku hidap selama sebulan nih. Penyakit aku nih, menurut doktor-doktor yang aku jumpa (kesemuanya 4 doktor. 2 Melayu, 1 Cina dan 1 India. 1 Malaysia gituu~), semua pun kata penyakit aku nih adalah kelenjar limpa aku dijangkiti kuman.
Apakah dia kelenjar limpa itu? Kelenjar limpa itu ialah kelenjar yang berada di tengkuk kita. Di bahagian kiri, tengah dan kanan. Aku kena paling teruk dekat bahagian tengah dan kiri. Gila besar wei bengkak aku tuh. Dah rupa katak pun ada bak kata Kak Piqah Samingin aka member Ipoh aku. (Nasib baik aku suka katak)
Minggu pertama
Sakit dia tak terasa sangat. Cuma kau rasa runsing sikit bila nak bercakap or mengunyah makanan since ada bonjot besar bawah tengkuk kau. Siapa je yang tak rungsing en? Kalau ada yang mengaku dia tak rungsing, meh sini hadap aku. Aku bagi penangan kasut saiz 4 aku yang 3 minggu tak basuh tuh ! Sambung balik.. Selepas beberapa hari, sakit tuh mula terasa. Apa yang aku buat semua pun serba tak kena je. Even time tidur pun, kawan aka jiran katil aku, Ain Monyet (bukan nama sebenar) kata aku dok mengigau mengadu " Sakit ! Sakit !" . Hmm.. Sahih ke tak sahih cerita dia nih, hanya dia , Allah dan malaikat sahaja yang tahu. Aku mintak tolong Puan Ruhaida binti NORDIN, aka warden asrama aku tolong hantar aku pi klinik swasta (saja tekankan Nordin tuh. Kebetulan sama nama bapak) Kalau tak silap aku, time tuh mak aku kat Penang rasanya. Tu yang takleh nak mintak mak aku yang hantarkan. Aku pi Mediklinik Keluarga. Dr. Rapidai aka Ako Mustapha tu bagi aku antibiotik. Kalau tak sembuh dalam seminggu, jumpa dia balik
Minggu Kedua
Selepas seminggu aku berusaha makan ubat mengikut jadual yang ditetapkan, bengkak tuh still takde perubahan. Aku pi jumpa Dr.Rapidai ngan mak aku lagi sekali. Dia bagi surat suruh mintak rujukan daripada Hospital Swasta/Kerajaan. Dia kata aku kena jumpa Pakar Surgery untuk buang bengkak aku nih. Then, aku ngan mak pun pi HUKM buat pemeriksaan lanjut. Again, doktor lelaki gak -.-
Apa entah nama dia. Aku dah lupa. Dia kata takyah buat surgery. Just amek Ujian Darah, Buat Ultrasound and apponitment with Pakar ENT aka OTORINILARINGOLOGI (Berbelit tak lidah korang menyebutnya? Haha). So, aku pun ikut jelah cakap dia. Tapi that day, aku just buat ujian darah je. (Darah titew nampak antik angat ^u^)
Minggu Ketiga
Tapi tak lama lepas itu.................. Lepas balik hostel, sakit aku datang balik.Selang beberapa hari, aku pi Klinik Greentown. Again, doktor lelaki. Tapi kali nih doktor India. Pun benda yang sama. Dia mintak aku amek Ujian Darah. Ajaibnya, dia kata darah aku bersih.So, bukanlah jangkitan kuman kan? Dan again buat kali kedua, aku kena buat appointment dekat Hospital Permaisuri Bainun pulak. Aku hanya boleh jumpa doktor time bulan 7 je. Mak aku tension, mak aku terus blah. Bawak aku pi Klinik ENT Swasta. Again, doktor lelaki Chinese pula kali nih (Well, aku rasa pesakit dia aku sorang je yang melayu .___. ) Dia pun bagi ubat antiobiotik untuk dihabiskan dalam masa 2 minggu.Sebenarnya, aku terharu gila time tuh. Rasa nak menangis pun ada. Kesian kat mak aku. Sanggup mak pi klinik swasta time tengah-tengah bulan. Dia guna duit untuk bayar sewa semata-mata nak dapatkan result penyakit yang terbaik untuk aku. Sorry mak ! /(T__T)\ Sebab exam mid-term aku tak dapat nak jawab dengan cemerlangnya. Especially Biology sebab malam tuh aku demam and tak boleh nak study apa langsung dengan kepala pening + selesemanya. Aku pun tidur jelah *hempuk muka guna buku* Sampai sekarang aku menyesal tak study (; ___ ;)
Minggu Keempat
Bengkak aku yang dulu besar bola golf (hiperbola jap) dah kecik cam duit syiling 20 sen. 23 Mei hari itu aku pergi jumpa doktor. Time dalam bilik doktor, dekat 5 doktor praktikal kepung aku. Sorang-sorang mintak izin nak pegang tengkuk aku. Yang paling kelakar, doktor praktikal Chinese, tinggi-tinggi lagi handsome orangnya. Dia tanya , "Saya nak try pegang jugak boleh tak?" Aku gelak je. Then, dia datang dekat. Time dia pegang kelenjar limpa aku, kerusi yang aku duduk tuh tetibe naik. Aku ingatkan doktor pakar tuh yang tekan. Rupa-rupanya abang apek tuh yang tekan. Semua pi bantai gelakkan dia. Merah muka dia. Hahahaha. So, buat masa nih penyakit aku dah pun berkurangan. Syukur alhamdulillah :)
In conclusion, banyakkan minum air suam/kosong dan jaga penjagaan mulut sebab 2 nih merupakan punca utama kelenjar anda akan dijangkiti kuman. Lagi-lagi time musim panas nih. Ramai sangat dah yang demam. Jagalah kesihatan dan banyakkan minum air. Jangan lupa appreciate jasa parents kita terhadap kita. hargai mereka sementara mereka masih ada di sisi kita. Love you, Mommy ! :3
Tiba masanya aku mengundurkan diri. Assalamualaikum ^^
Ini adalah contoh bengkak di bahagian kanan anda ^^ |